Kenyataan Media 260414 – Flash Mob Zombie Walk, TPPA & Kesan kepada rakyat

Apr 28, 2014 Publish by MTEM

Berikut adalah kenyataan akhbar kami yang diedarkan kepada media semasa Zombie Walk Flash Mob diadakan di Sogo, KL (26 April 2014). Versi BM adalah selepas versi Bahasa Inggeris.

 

MEDIA STATEMENT

Today, we take to the streets to show what is at stake if Malaysia were to join the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA). As you can see even in front of you, all of us will be begging for medicine which has become too expensive for us to purchase.

 

We fear that Obama’s visit tomorrow will mean that Malaysia will accept TRIPS+ provisions in exchange for tangible goods, thus making medicines more expensive through an extension of intellectual property rights.

 

Malaysians in general cannot afford more expensive medicines, despite us approaching high income status through raising the gross national income (GNI) per capita. Negotiators must remember that we have the highest disparity between rich and poor in the region, and more expensive medicines means that Malaysian patients face devastating impacts to health.

 

Furthermore, the PM has given no assurance that future trade agreements such as the TPPA will not compromise Bumiputera privileges including reserve land issues, corporate equity, house ownerships and even government procurement.

 

Without proper understanding, it is not surprising if Malaysia’s Prime Minister could be pressured by Obama to let go of the concerns regarding Malaysian Bumiputeras.

 

While the majority of Malaysian Bumiputeras are not against trade, historically we used to be the powerhouse in terms of trade and services in the region. As such, we want assurances from the Ministry of International Trade and Industry (MITI) that safeguards are in place to ensure our privileges enshrined in the Malaysian Federal Constitution are not up for trade.

 

Meanwhile, the TPPA will also make Malaysia liable to pay huge amounts of fines if we take action against multinational conglomerates who pollute our lands and do as they want here in Malaysia through the Investor-State Dispute Settlement (ISDS).

 

The ISDS gives special legal rights to foreign investors to sue our Government (or any future government) if Malaysian law is changed in a way they think will undermine their profits.

 

If Malaysia were to introduce laws to clean up our rivers, limit the amount of waste we produce or reduce pollution, the TPPA will allow investors to challenge these decisions in offshore private tribunals with no public accountability. This could potentially require compensation from the Malaysian government and the taxpayers amounting to billions.

 

The ISDS would seriously hinder our ability to manage our own affairs. And it is not just environmental regulation that would be impacted. The TPPA’s tentacles also extend to sectors regarding workers’ rights, health care and intellectual property. In short our democracy and self-determination are all on the line.

 

Do you want Malaysia to lose its sovereignty?

 

Even worse, now all the state owned enterprises are also threatened. All our GLCs such as PNB, MARA, Sime Darby, Khazanah Nasional and all are under threat if the TPPA were to go through.

 

This deal is being pushed through by the United States of America, and there is a growing outcry against the TPPA going through from all countries involved, with the loudest voices being in Japan, Australia and New Zealand.

 

And now, the President of the United States Barack Obama himself is coming to Kuala Lumpur to meet with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak after failing to convince the Japanese to budge on their TPPA stances.

 

Even though there is no confirmation that the TPPA will be a part of the discussion agenda with Prime Minister Najib, we feel that President Obama will not want to miss this opportunity to stress the importance of Malaysia to put aside issues and work towards completing the negotiations as soon as possible.

 

If he can do a deal in Japan with the Japanese prime minister about Japan removing its agriculture tariffs on U.S. Products, then the rest of the TPP will probably be concluded quite quickly. He may pressure Malaysia to agree on sensitive issues for Malaysia when he comes here.

 

The TPPA was due to be completed and signed last October, 2013, in conjunction with Obama’s scheduled visit to Malaysia then. Due to the US government shut down by the Republicans, Obama had no choice but to postpone his trip to Asia Pacific. He was replaced by John Kerry.

 

Obama has failed to obtain fast track from the US Congress, thus commitments by the US negotiators can be reversed by their own Congress later. Thus it would be irrational for Prime Minister Najib to make any commitments on the TPPA.

 

We worry that Obama will capitalise on the current MH370 tragedy and the Sabah kidnapping incidents to stress the importance of US intervention the regions security. Security enhancement offers will be made as a trade-off to TPPA contentious issues.

 

Obama will seek to get our Prime Minister’s nod for the TPPA, in view of possibly concluding it at APEC Ministerial meeting in China in May,2014.

 

BANTAH TPPA urges the Prime Minister to stay strong and make no promises to President Obama until we are in agreement and reassured that Malaysia will benefit from the TPPA, using the Fast Track thus disallowing it from being changed by US politicians simple to benefit their greed.

 

BANTAH TPPA also urges MITI and its minister, Datuk Seri Mustapa Mohamed, to allow us to be more involved in the negotiations instead of us having to attend multiple “show and tell sessions” which truly bear no meaning nor new information.
We also ask him to be more transparent by releasing the reports related to this matter to the public, who are the stakeholders of the TPPA, and also keep to his word of letting civil society take part in the discussion with the lead negotiators to ensure that Malaysia’s sovereignty and way of life is not threatened by the signing of this agreement.

 

 

SIGNED BY

 

BANTAH TPPA

MALAYSIAN AIDS COUNCIL

MALAYSIAN COUNCIL FOR TOBACCO CONTROL

MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU

PT FOUNDATION

BLINDSPOT

THIRD WORLD NETWORK

MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU

MALAYSIAN ENVIRONMENTAL NGOS

MALAYSIAN TRADERS UNION CONGRESS

GABUNGAN BANTAH FTA

GABUNGAN BERTINDAK MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

MTAAG+

PERSATUAN USAHAWAN INTERNET MALAYSIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

PERSATUAN JIHAD EKONOMI UMMAH

PERTUBUHAN – PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

KL SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMENANJUNG

AKSI

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UM

PRO – M

PRIBUMI

HIMPUNAN USAHAWAN MUDA MALAYSIA

PERTUBUHAN AKTIVIS PENGUPAYAAN INSAN

KAMI

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UM

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

JARINGAN RAKYAT TERTINDAS

PERTUBUHAN PRIHATIN SOSIAL DAN KESIHATAN MALAYSIA

HIMPUNAN KEILMUAN MUSLIM
(FINALISED & SEALED APR 24)

THANK YOU
 
VERSI BAHASA MALAYSIA:
 

KENYATAAN MEDIA

Hari ini, kami ke kaki-kaki lima jalan untuk membantah apa yang dipertaruhkan sekiranya Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Seperti yang anda saksi di hadapan anda, kita semua akan merayu sekiranya kos perubatan menjadi terlalu mahal untuk dibeli.

Kami bimbang lawatan Obama hari ini bermakna Malaysia akan menerima peruntukan Aspek Berkaitan Perdagangan Hak Harta Intelek (TRIPS+) untuk pertukaran barangan nyata -menjadikan harga ubat menjadi lebih mahal melalui lanjutan hak harta intelek.
Walaupun hari ini kita menghampiri status negara berpendapatan tinggi menerusi peningkatan per kapita Pendapatan Negara Kasar (PNK), masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mampu membeli ubat-ubatan yang mahal. Para perunding TPPA harus beringat bahawa Malaysia mempunyai jurang yang paling tinggi antara golongan kaya dan miskin di rantau ini dan ubat yang mahal bererti pesakit di Malaysia bakal hadapi impak yang buruk terhadap kesihatan.

 

Walaupun PM beri jaminan bahawa perjanjian perdagangan seperti TPPA tidak akan menjejaskan hak keistimewaan Bumiputera seperti isu tanah rizab, ekuiti korporat, pemilikan rumah dan juga perolehan kerajaan, namun tanpa pemahaman yang betul, tidak mengejutkan sekiranya PM Malaysia ditekan Obama dan sekutunya untuk melepaskan kerungsingan yang dihalami golongan Bumiputera.
Walaupun majoriti Bumiputera tidak menentang perdagangan, menurut sejarah kita pernah menjadi kuasa besar perdagangan dan perkhidmatan rantau ini. Oleh itu, kami mahukan jaminan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memastikan keistimewaan kita yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus dilindungi dan tidak diperdagangkan sewenang-wenangnya.

 

Di samping itu, TPPA juga akan menjadikan Malaysia sebagai liabiliti dengan membayar sejumlah denda yang besar sekiranya kita mengambil tindakan terhadap konglomerat multinasional yang mencemar tanah kita menerusi Penyelesaian Pertikaian Pelabur (ISDS).

ISDS memberikan hak undang-undang istimewa kepada pelabur-pelabur asing untuk menyaman kerajaan kita (atau mana-mana kerajaan akan datang) sekiranya undang-undang Malaysia berubah dengan cara mereka fikirkan akan menjejaskan keuntungan mereka.
Sekiranya Malaysia mahu memperkenalkan undang-undang yang lebih baik untuk membersihkan sungai kita, menghadkan jumlah penghasilan sisa atau mengurangkan pencemaran, TPPA akan membenarkan para pelabur asing untuk mencabar keputusan-keputusan ini di dalam satu tribunal persendirian di luar negara tanpa mengambil kira pandangan awam serta berpotensi menghasilkan pampasan bernilai berbilion ringgit kepada mereka hasil duit pembayar cukai rakyat Malaysia sendiri.

 

ISDS pasti secara serius dapat menghalang keupayaan kita untuk menguruskan hal ehwal dalaman kita sendiri. Dan bukan peraturan alam sekitar sahaja yang akan menerima kesannya, malah cabang-cabang TPPA yang membahayakan ini juga dapat menular ke perkara-perkara penting yang lain seperti hak pekerja, penjagaan kesihatan dan harta intelek. Pendek kata demokrasi dan penentuan nasib kita sendiri rapuh dan mudah diperjudikan.

 

Anda mahu Malaysia hilang kedaulatan?

Lebih buruk lagi, kini syarikat perusahaan milik negara juga mudah tergadai. Semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti PNB, MARA, Sime Darby, Khazanah Nasional dan banyak lagi berada di bawah ancaman yang membahayakan sekiranya TPPA dipersetujui.

 

Perjanjian TPPA ini sedang gigih dirunding Amerika Syarikat, dan terdapat bantahan yang kian meningkat terhadap TPPA dari negara-negara yang terlibat, dengan suara-suara bantahan yang kuat dan lantang terutama sekali dari Jepun, Australia dan New Zealand.
Hari ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sendiri akan datang ke Kuala Lumpur untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas gagal meyakinkan Jepun untuk berganjak dari pendirian TPPA mereka.
Walaupun tiada hebahan mengatakan TPPA akan menjadi sebahagian daripada agenda perbincangan dengan Perdana Menteri Najib Razak, kami merasakan Presiden Obama tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menekankan kepentingan Negara beliau untuk Malaysia mengenepikan isu-isu yang sedia ada dan berusaha untuk fokus ke arah memuktamadkan perundingan itu secepat mungkin.

 

Jika dia boleh melakukan rundingan di Jepun dengan Perdana Menteri Jepun supaya Jepun mengecualikan produk negaranya dari tarif pertanian, kemungkinan apa-apa keputusan berkaitan TPPA juga boleh diputuskan dengan kadar segera. Dia mungkin memberi tekanan kepada Malaysia untuk bersetuju ke atas isu-isu sensitif untuk Malaysia apabila dia hadir ke sini.

 

TPPA mulanya disasar untuk dimuktamad dan ditandatangani Oktober 2013, sempena perancangan lawatan Obama ke Malaysia tahun lepas. Namun disebabkan penutupan kerajaan AS dari Parti Republikan, Obama tiada pilihan tetapi untuk menangguhkan lawatan Asia Pasifik beliau ketika itu dan digantikan oleh John Kerry.

 

Obama telah gagal untuk mendapatkan “Fast Track” daripada Kongres Amerika Syarikat, dan maka itu komitmen dari perunding AS boleh diolah kemudian oleh Kongres. Ini akan menjadi tidak rasional bagi Perdana Menteri kita untuk membuat sebarang komitmen pada TPPA.
Kami juga bimbang Obama akan mengambil kesempatan dan keuntungan daripada tragedi MH370 dan insiden penculikan di Sabah untuk beliau tekankan betapa pentingnya campur tangan AS demi keselamatan negara dan kawasan sekitarnya. Tawaran peningkatan keselamatan akan dibuat sebagai satu nilai dagangan sekiranya timbul perbandingan isu-isu perbalahan TPPA.
Obama pasti akan berusaha untuk mendapatkan kelulusan Najib Razak untuk TPPA, dengan harapan ia dapat dimuktamadkan semasa mesyuarat Menteri-Menteri APEC di China pada bulan Mei 2014 nanti.
Untuk ini, BANTAH TPPA menggesa Perdana Menteri Najib untuk berdiri teguh dan tidak berganjak dan tidak menawarkan apa-apa janji kepada Obama sehingga kita di dalam persetujuan dan diberi jaminan mutlak bahawa Malaysia bakal mendapat manfaat daripada TPPA , tanpa ia diubah ahli-ahli politik Amerika Syarikat yang hanya inginkan keuntungan mudah demi ketamakan ekonomi mereka.

 

BANTAH TPPA juga menggesa MITI dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, untuk membenarkan kami lebih terlibat dalam proses rundingan dan bukan sekadar menghadiri “Sesi soal jawab” yang tiada penghujungnya.

 

Kami juga meminta beliau untuk lebih telus dengan menerbitkan laporan yang berkaitan perkara ini kepada umum, yang merupakan pemegang amanah TPPA serta menunaikan janji supaya masyarakat umum dapat mengambil bahagian di dalam perbincangan dengan para perunding utama untuk memastikan bahawa kedaulatan dan kehidupan rakyat Malaysia tidak diancam perjanjian ini.

 

DITANDATANGANI:

 

BANTAH TPPA

MALAYSIAN AIDS COUNCIL

MALAYSIAN COUNCIL FOR TOBACCO CONTROL

MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU

PT FOUNDATION

BLINDSPOT

THIRD WORLD NETWORK

MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU

MALAYSIAN ENVIRONMENTAL NGOS

MALAYSIAN TRADERS UNION CONGRESS

GABUNGAN BANTAH FTA

GABUNGAN BERTINDAK MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA

MTAAG+

PERSATUAN USAHAWAN INTERNET MALAYSIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

PERSATUAN JIHAD EKONOMI UMMAH

PERTUBUHAN – PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

KL SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMENANJUNG

AKSI

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UM

PRO – M

PRIBUMI

HIMPUNAN USAHAWAN MUDA MALAYSIA

PERTUBUHAN AKTIVIS PENGUPAYAAN INSAN

KAMI

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UM

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

JARINGAN RAKYAT TERTINDAS

PERTUBUHAN PRIHATIN SOSIAL DAN KESIHATAN MALAYSIA

HIMPUNAN KEILMUAN MUSLIM
(FINALISED & SEALED APR 24)

TERIMA KASIH

Comments