SOKONGAN BANTAH TPPA KEPADA MAJLIS PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

May 15, 2014 Publish by MTEM

KENYATAAN MEDIA: SOKONGAN BANTAH TPPA KEPADA MAJLIS PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

 

Bantah TPPA ingin menyuarakan sokongan kami kepada tiga orang pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib dari Universiti Malaya (UM) untuk tindakan mereka memegang papan tanda “TIADA TPPA” semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama baru-baru ini.

 

Ketiga-tiga pelajar berikut adalah Naib Presiden Majlis Pelajar UM Lee Jin Yang, Setiausaha Fahmi Zainol dan Timbalan Setiausaha Leong Yu Sheng.

 

Hal Ehwal Pelajar universiti itu hari ini mengarahkan ketiga-tiga mereka untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab.

 

Pertama sekali, Bantah TPPA ingin menyatakan rasa kagum kami terhadap pelajar tersebut yang maklum bahawa Obama sebenarnya adalah penganjur utama Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sedang dirundingkan.

 

Kami menghargai usaha mereka yang bertindak sedemikian demi menyebar mesej yang lebih luas ke mata dunia, dengan menunjukkan wujudnya tentangan terhadap perjanjian ini di kalangan belia, terutamanya dari institusi pendidikan tinggi terkenal Malaysia.

 

Dan setelah kami menyaksikan sesi soal jawab dengan Presiden Obama, kenyataan yang keluar dari pelajar-pelajar ini adalah yang paling bernas dan berintelek setakat ini.

 

Walaupun TPPA terus berlarutan dalam peringkat rundingan dan dijadualkan hanya akan selesai sebelum akhir tempoh penggal pentadbiran Obama, kesannya akan terus dirasai secara jangka panjang bukan sahaja oleh mereka yang memimpin hari ini tetapi juga bakal pemimpin masa depan, khususnya mereka yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi hari ini.

 

Pelajar-pelajar universiti perlu tahu bahawa TPPA bakal memberi kesan kepada mereka sekiranya 12 negara perjanjian ini meluluskannya disebabkan peruntukan yang dianggap perlu dimasukkan Amerika Syarikat. Hak milik intelek akan menjadikan buku-buku teks lebih mahal dan kemungkinan tanpa akses, kebebasan internet akan menjadi terhad dan kos sara hidup yang terus meningkat diburukkan lagi dengan kos perubatan dan rawatan yang lebih tinggi.

 

 

Tambahan, apa sahaja hutang terakru oleh kerajaan akan diturunkan kepada generasi seterusnya. Ini satu kemungkinan besar sekiranya kerajaan kita meluluskan TPPA dan terlibat dalam penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS) yang boleh membawa keluar berbilion-bilion ringgit daripada simpanan negara.

 

Ini kemudiannya akan meninggalkan generasi akan datang sebagai pelapis pembayar hutang.

 

Oleh itu, kami terkejut apabila mendapat tahu universiti sedang mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga pelajar ini.

 

Di peringkat antarabangsa, protes terhadap TPPA bukan sahaja di kalangan mereka di Australia, New Zealand dan Jepun, tetapi juga rakyat Amerika Syarikat sendiri. Juga diketengahkan, Presiden Obama sendiri menyatakan beliau sendiri menghadapi masa yang sukar dengan parti politik Demokrat yang berbeza pandangan.

 

Turut membantah dari pihak Obama adalah Wakil Perdagangan AS Michael Froman yang semasa memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kewangan Senat AS juga menghadapi bantahan ” Pinocchio ” yang diakui pengerusi jawatankuasa sebagai hak kebebasan bersuara.

 

Jika Presiden Amerika Syarikat sendiri – seorang pemimpin dunia bebas – boleh menerima tentangan dan pendapat berbeza dari pihak beliau sendiri serta menyatakan beliau tidak peduli dengan bantahan yang berlaku di UM itu, mengapa Universiti Malaya memperlihatkan diri mereka sebagai terikat untuk menghukum mereka yang hanya ingin membuat kenyataan demi kebaikan Malaysia?

 

Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti mengatakan arahan surat tunjuk sebab adalah prosedur setiap kali pelajar bertindak menjejaskan nama baik universiti. Pada pandangan kami pelajar tersebut tidak mencemar nama baik UM, sebaliknya menunjukkan sikap terbuka yang matang dalam membincangkan isu-isu antarabangsa yang akan memberi kesan terhadap negara.

 

Bantah TPPA menggesa Bahagian Hal Ehwal Pelajar mempertimbangkan semula teguran yang dibuat terhadap tiga pelajar berkenaan yang mewakili majoriti senyap rakyat Malaysia yang lebih besar dan semakin sedar kesan impak TPPA terhadap generasi akan datang.

 

Apa yang kami mahukan bukanlah untuk meminta semua pelajar menentang pelaksanaan dan rundingan TPPA, tetapi menyaran institusi pengajian tinggi yang tersohor seperti Universiti Malaya untuk menggalakkan perbincangan intelektual secara lebih terbuka.

 

Bantah TPPA

 

Terima kasih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

English Version:

PRESS STATEMENT: BANTAH TPPA SUPPORTS FOR UNIVERSITI MALAYA’S STUDENT COUNCIL

 

Bantah TPPA would like to voice its support for the three students currently facing disciplinary action in Universiti Malaya (UM) for their actions of holding up the “NO TPPA” placard during the recent visit by United States President Barack Obama.

 

The three students are UM Student Council’s Vice President Lee Jin Yang, Secretary Fahmi Zainol and Deputy Secretary Leong Yu Sheng.

 

The three of them were issued show cause letters from the university’s Student Affairs division today.

 

Firstly, Bantah TPPA would like to voice its admiration for the three students who know that Obama is in fact the main promoter of the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) which is currently being negotiated.

 

We are grateful that the three students took part in sending a broader message to the world, that there was opposition against this agreement amongst the youth, particularly in this renowned Malaysian tertiary education institution.

 

And to Bantah TPPA having witnessed the QnA session with President Obama, the statement made by these students was the most intellectual by far.

 

While the TPPA is now in a state of prolonged negotiations and is scheduled to only be completed before the end of Obama’s tenure in office, its effects will be felt throughout the ages not only by those leading today but also our future leaders, namely those currently studying in universities.

 

The students in universities should know that the TPPA will affect them if it is passed by the 12 nations due to provisions which the United States has deemed necessary to include. Intellectual property will make your textbooks more expensive and perhaps inaccessible, internet freedom will be limited and the rising cost of living will be further compounded with higher costs of medicine and medical treatment.

 

 

In addition to this, whatever debts accrued by the government will pass down to the next generation. It is a likely possibility that should our government could approve the TPPA and be involved in investor state dispute settlements (ISDS) which could remove billions of ringgit from our national coffers.

 

This would subsequently leave the next generation to pay off the debt.

 

As such, we are surprised to know that the university is taking action against the three.

 

Internationally, the TPPA is being protests not only by those in Australia, New Zealand and Japan, but also by Americans themselves. This was highlighted by President Obama saying that he himself was finding a hard time with his political party, the Democrats in the United States.

 

Similarly, US Trade Representative Michael Froman during his testimony to the US Senate Finance Committee also faced a “Pinocchio” protest which was acknowledged by the committee chairman as a right to the freedom of speech.

 

If the President of the United States himself – the leader of the free world – finds it acceptable for his own people and party to speak up and had, in fact, said he was not bothered with the UM protest, why does Universiti Malaya see itself bound to penalise those who wish nothing but to make a statement for the betterment of Malaysia?

 

The university’s Student Affairs division says that the show cause letters were merely procedure whenever a student’s actions may affect the good name of the university. It is our point of view that the students did not defame UM, but instead showed that it is open to maturely discussing international issues which will have a national impact.

 

Bantah TPPA urges the Student Affairs division to reconsider the reprimand made out for the three which represents a larger silent majority of Malaysians who are slowly becoming fully aware of how the TPPA affects the next generation.

 

What we are asking for is not a demand for all students to take up resistance against the TPPA’s implementation and negotiation, but rather for all august and learned institutions such as Universiti Malaya to promote an intellectual discourse of the topic at hand.

 

BANTAH TPPA

 

Thank you

 

 

 

Comments