Kenyataan Media – TPPA: Apakah faedah, apa kosnya, dan apa yang kita rugi?

Jul 17, 2014 Publish by MTEM

Berikut adalah kenyataan media dari Bantah TPPA menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Versi BM selepas Inggeris. Disertakan juga fail .pdf dalam Inggeris dan BM.

PRESS STATEMENT – 17 JULY 2014
TPPA: What benefits, what cost, and what do we lose?

It comes as no surprise that suddenly the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) supporters are coming out of the woodwork this week. This is a reaction to Tun Mahathir’s launching of a book by the Malay Economic Action Council (MTEM) last Friday, entitled ‘TPPA: Malaysia is not for sale”.

During the launch, the former prime minister himself said that free trade agreements such as the TPPA are another way to colonise a nation.

We would firstly add that nowhere in our statements throughout this rational and factual debate regarding this agreement have we ever referred to the United States as “the Great Satan”, something which the proponents and cheerleaders of this agreement has done just yesterday in a Malaysian daily.

Furthermore, proponents of the agreement have argued a few points that are constantly unproven. For one, Malaysia would “lose out without the TPPA”.

And yet, nobody bothers explaining why or how Malaysia would lose out. We as a coalition worry that premature judgments are being made without the completion of a cost-benefit analysis.

Is it because we won’t have American conglomerates setting up shop in Malaysia or cheap American products? Of course not, we can choose to let them in and at low tariffs, if we want, without signing the TPPA.

Is it because Malaysian exports will face high tariffs? Malaysia as a member of the World Trade Organization (WTO), already receives zero or low tariffs on its exports to all nations in the TPPA. In addition to this, Malaysia already has free trade agreements with all the countries involved in the TPPA except 4; USA, Canada, Mexico and Peru.

In these countries, the United States imposes on average a 3 per cent tariff, while Canada imposes an average of 6 per cent. This, of course, excludes the textile industry. However, the US insists on all its FTAs, including the TPPA, having the yarn forward rule. In other words, even with zero or low tariffs on Malaysian textiles, we won’t benefit because Malaysia would have to use expensive American thread to gain access to these lower tariffs, so it would still be uncompetitive.

In addition to this, we would like to remind everyone that Malaysia chose not to sign the Malaysia – US Free Trade Agreement in 2008, and still has an increasing goods trade surplus with the Americans.

So please, enlighten us naysayers just what exactly is this “losing out” that has been constantly mentioned and never explained?

Also, us naysayers here in Bantah TPPA have never said that trade was not important. In fact, we believe in free and fair trade. We believe, instead, that this agreement is the opposite of free trade, and as such should be opposed by those who believe in free market economics. We already have useful free trade agreements (which do not require all the problematic non-trade provisions the US insists on in its FTAs) that allow Malaysian companies to sell to billions already, including India, Pakistan and even China.

What we don’t believe in is when a trade agreement such as the TPPA spans 29 chapters, but only talks about trade for six chapters, while another 23 dictate non-trade requirements.

To put it simply; when trade is no longer about trade but setting up rules that limit only one party, then it is no longer free nor fair.

We would also wish to point out that it was Bantah TPPA which met up with US Trade Representative Michael Froman in April to discuss our concerns with the agreement, particularly our 75 Red Lines. It was during this meeting that the US agreed to have direct engagements with key stakeholders. Bantah TPPA through the Malay Economic Action Council (MTEM) also had a follow up meeting US chief negotiator for the TPPA Barbara Weisel on June 26.

Leaked text from the TPPA intellectual property (IP) chapter shows that the US is exporting its laws that suit it as a net IP exporter, which is contrary to the needs of Malaysia as a developing country which is a net IP importer and needs affordable access to technology, medicines and textbooks.

Furthermore, the United States Congress insists on imposing on us in the form of disciplines and penalties as a ‘currency manipulator’ that it will not be subject to, despite its quantitative easing.

As for our part, we have mentioned that this agreement benefits American corporations instead of their people, and it does not benefit Malaysians as a whole since it will affect their lives in the form of high medicine and textbook prices for longer all the way up to the undermining preferential treatment to local SMEs and even state owned enterprises.
And since we want to keep things rational in order to make an educated decision, we would need a cost benefit analysis (CBA) report to decide whether or not this agreement benefits us.

Proponents of the TPPA, who are academicians and corporate leaders alike still insist on saying that this deal is good without any basis as the CBA or the Economic Impact Assessment (EIA) report for this agreement has not yet been released.

So we ask yet again, would you recommend a legally binding deal enforceable through trade sanctions and the leaked TPPA investment chapter which would allow unlimited monetary penalties and compound interest without knowing its contents, without scrutinising the fine print, without guaranteeing an equitable agreement?

Furthermore, given the leaked texts from the TPPA confirming Bantah’s fears regarding what the United States is demanding and what all countries involved including Malaysia have already agreed to, why has nobody brought this into consideration as part of their “support the TPPA” crusade?

This is what Bantah TPPA is doing by pushing forward our 75 Red Lines, including that there be no stronger intellectual property provisions limiting access to generic medicines, carving out tobacco control and the halal sector from the agreement and ensuring that the preferential treatment of local SMEs are not up for negotiations.

We further recommend that these TPPA cheerleaders would at least read our TPPA book, and see the factual depths of our analysis which “examines the evidence” because it is based on the actual leaked texts of the TPPA and the past USFTAs (which are all very similar due to the US insistence on its template) and their impacts before making any unjustified and unwarranted conclusions merely to be seen as a free trade ideology subscriber or out of fear of a superpower.

MOHD NIZAM MAHSHAR
CHAIRMAN
BANTAH TPPA

Bantah TPPA (Malay for “Oppose TPPA”) is a coalition of 61 Malaysian organisations (NGOs) which are opposing the Trans Pacific Partnership (TPP) agreement currently being negotiated by the United States and Malaysia, along with 10 other nations in what President Barack Obama terms his strategy to “rebalance” Asia.

You may download full statement 17072014 TPPA PR Against TPPA ENG

***

KENYATAAN MEDIA – 17 JULAI 2014
TPPA: Apakah faedah, apa kosnya, dan apa yang kita rugi?

Ianya bukan sesuatu yang mengejutkan apabila ramai penyokong Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) muncul bersuara minggu ini sejurus selepas buku “TPPA: Malaysia Bukan untuk Dijual” oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dilancarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad Jumaat lepas.

Semasa pelancaran, mantan Perdana Menteri itu sendiri berkata perjanjian perdagangan bebas seperti TPPA hanya satu lagi cara untuk menjajah negara.

Walau bagaimanapun, penyokong utama TPPA telah bersuara dengan lantang mengenai beberapa perkara yang sentiasa tidak dapat dibuktikan. Salah satunya, Malaysia akan “kehilangan tanpa TPPA”.

Namun, tiada siapa pun yang peduli untuk menjelaskan mengapa atau bagaimana Malaysia akan rugi. Kami sebagai sebuah badan gabungan bimbang jika sesuatu keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira analisis kos-faedah.

Mungkinkah kerana kita tidak akan mempunyai syarikat konglomerat dari Amerika Syarikat untuk membuka cawangan mereka di Malaysia atau mempunyai produk Amerika yang murah? Sudah tentu tidak, kita masih boleh memilih untuk membenarkan mereka masuk berniaga di sini dengan tarif yang rendah jika kita mahu tanpa menandatangani TPPA.
Adakah kerana eksport Malaysia akan menghadapi tarif yang tinggi? Malaysia sebagai ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), telah pun menerima tarif rendah atau sifar ke atas eksport-eksportnya ke semua negara-negara TPPA. Di samping itu, Malaysia telah pun mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan kesemua negara-negara yang terlibat dengan TPPA kecuali 4 negara; Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

Di negara-negara ini, Amerika Syarikat mengenakan secara purata tarif 3 peratus, manakala Kanada secara purata mengenakan 6 peratus. Ini semestinya tidak termasuk industri tekstil. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat berkeras bagi kesemua FTAnya, termasuk TPPA, untuk mematuhi peraturan “Yarn Forward” mereka. Dalam erti kata lain, walaupun dengan tarif yang sifar atau rendah ke atas produk tekstil Malaysia, kita masih tidak akan mendapat sebarang manfaat darinya kerana Malaysia perlu menggunakan benang Amerika yang mahal bagi mendapatkan akses kepada tarif yang lebih rendah ini – menjadikan ia masih tidak kompetitif.

Di samping itu, kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa pada tahun 2008 negara kita memilih untuk tidak menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas AS – Malaysia dan kita masih mempunyai peningkatan lebihan dagangan barangan dengan Amerika.

Oleh itu, kepada penyokong tegar TPPA, berilah pencerahan kepada kami apakah sebenarnya yang kita akan “rugi” yang sentiasa anda uar-uarkan tetapi tidak pernah jelaskan?
Juga, kami di sini sebagai pembantah tegar TPPA tidak pernah memberi kenyataan perdagangan itu tidak penting. Malah, kami percaya dengan perdagangan yang bebas dan adil. Kami juga percaya perjanjian ini sebaliknya bertentangan dengan konsep dagangan bebas, dan wajar ditolak oleh mereka yang percayakan ekonomi pasaran bebas. Kita sudah pun mempunyai perjanjian perdagangan bebas yang berhasil (yang tidak memerlukan semua peruntukan bukan perdagangan bermasalah yang sering Amerika Syarikat kenakan di dalam FTAnya) yang membolehkan syarikat-syarikat Malaysia menjual kepada berbilion-bilion pelanggan, termasuk India, Pakistan dan juga China.

Kami tidak meletakkan sebarang kepercayaan apabila perjanjian perdagangan seperti TPPA merangkumi 29 bab tetapi hanya enam bab dibincangkan manakala 23 lagi menyatakan keperluan bukan perdagangan.

Untuk disimpulkan dengan mudah; apabila perdagangan bukan lagi mengenai perdagangan tetapi membentuk peraturan yang mengehadkan hanya sebelah pihak, maka ia bukan lagi perdagangan yang bebas mahupun adil.

Di sini juga kami ingin nyatakan bahawa Bantah TPPA jugalah yang bertemu dengan Wakil Perdagangan AS Michael Froman pada April lepas untuk membincangkan kebimbangan terhadap TPPA, terutamanya 75 Garis Merah kami. Semasa mesyuarat inilah Amerika Syarikat telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara langsung dengan mereka yang berkepentingan. Bantah TPPA melalui Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) juga membuat pertemuan susulan bersama Ketua Perunding TPPA AS Barbara Weisel pada 26 Jun yang lalu.

Teks yang bocor dari bab harta intelek (IP) TPPA membuktikan Amerika Syarikat mengeksport undang-undangnya sendiri yang sesuai sebagai pengeksport IP mutlak, di mana ia bertentangan dengan keperluan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang juga merupakan pengimport IP bersih dan memerlukan akses yang berpatutan kepada teknologi, perubatan dan buku teks.

Tambahan, Kongres Amerika Syarikat berkeras untuk mengenakan ke atas kita bentuk-bentuk disiplin dan penalti yang dikenali sebagai ‘pemain manipulasi mata wang’ yang tidak akan dikenakan terhadapnya walaupun ada dasar kewangan yang tidak konvensional di mana bank pusat membeli sekuriti kerajaan daripada pasaran untuk menurunkan kadar faedah dan meningkatkan bekalan wang.

Bagi pihak kami, Bantah TPPA ada menyebut perjanjian ini mengayakan syarikat-syarikat korporat Amerika dan bukan kepada rakyat mereka, sama seperti ia tidak memberi faedah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ia memberi kesan terhadap hidup mereka dalam bentuk kos perubatan dan harga buku teks yang tinggi untuk jangka masa lama. Layanan perjanjian TPP juga melemahkan PKS tempatan dan juga perusahaan milik negara.

Dan kerana mahu mengekalkan perkara ini rasional agar dapat dibuat keputusan yang sewajarnya, satu laporan analisis faedah kos (CBA) amat diperlukan untuk menentukan sama ada ya atau tidak perjanjian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Kami gusar kerana ada penyokong TPPA yang terdiri dari golongan ahli-ahli akademik dan pemimpin korporat sama-sama berkeras mengandaikan tanpa bukti asas bahawa perjanjian ini menguntungkan tanpa merujuk sebarang laporan CBA atau Penilaian Impak Ekonomi (EIA) yang sehingga hari ini belum dikeluarkan untuk bacaan orang ramai.
Jadi kami bertanya sekali lagi, adakah anda mahu mengesyorkan perjanjian yang mengikat secara sah dikuatkuasakan melalui sekatan perdagangan dan bab pelaburan TPPA bocor yang membolehkan penalti kewangan dan faedah kompaun tanpa had tanpa mengetahui kandungannya, tanpa meneliti maksud perjanjian yang tersirat, tanpa menjamin suatu perjanjian yang adil bagi kedua belah pihak?

Tambahan pula, memandangkan teks TPPA yang bocor ini mengesahkan kebimbangan kami mengenai apa yang dituntut Amerika Syarikat termasuk apa yang semua negara termasuk Malaysia telah persetujui, mengapa tiada seorang pun yang mengangkat perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan “Sokong TPPA” mereka?

Inilah apa yang kami di Bantah TPPA lakukan dengan mengetengahkan 75 Garis Merah kami yang antaranya menggariskan tiada peruntukan harta intelektual lebih keras yang mengehadkan akses kepada ubat-ubatan generik, membawa keluar usul kawalan tembakau dan sektor halal daripada perjanjian serta memastikan pilihan layanan PKS tempatan tidak dirundingkan.

Kami seterusnya mencadangkan kepada pasukan sorak TPPA untuk sekurang-kurangnya membaca buku TPPA kami dan lihat dengan mendalam fakta analisis kami yang “mengkaji bahan bukti” kerana kandungannya berdasarkan teks-teks bocor TPPA yang sebenar dan Perjanjian Perdagangan Bebas AS (USFTAs) yang lepas (yang kesemuanya sangat sama hasil desakan AS pada rangka perjanjian) dan kesan mereka sebelum membuat sebarang kesimpulan wajar dan tidak wajar semata-mata untuk dilihat sebagai pelanggan ideologi perdagangan bebas atau disebabkan takut kepada kuasa besar.

MOHD NIZAM MAHSHAR
PENGERUSI
BANTAH TPPA

Bantah TPPA merupakan satu badan gabungan 61 buah organisasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang menentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sedang dirundingkan Amerika Syarikat dan Malaysia, bersama-sama dengan 10 negara lain dalam apa yang dinyatakan Presiden Barack Obama sebagai satu strategi untuk “mengimbangi semula” Asia.

Muat turun kenyataan penuh di 17072014 TPPA PR BantahTPPA BM

Comments