Kenyataan Media: McDonald’s harus berhenti menyorok di sebalik kakitangan mereka

Aug 13, 2014 Publish by MTEM

Salam sejahtera,

Berikut adalah kenyataan media dari Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengenai isu boikot produk McDonald’s yang diadakan sebagai membantah konflik Israel-Palestin.

Versi BM adalah selepas versi Inggeris.

PRESS RELEASE – 13 August 2014
McDonald’s should stop using its staff as a human shield

The Malay Economic Action Council (MTEM) deplores the violence done to the staff and their families of McDonald’s restaurants nationwide in the continuing boycott due to the Gaza-Israeli conflict for the past 35 days.

It is our stance that boycotts, the non-purchase of a brand, is a non-violent form of protest and should remain as such. There is no need for the damaging of property or persons. In this sense, MTEM supports such a boycott.

However, it must be said that whatever McDonald’s restaurants are facing are not comparable to the atrocities currently being inflicted in Gaza.

At the same time, we do not agree with the way McDonald’s is using the Malay staff and franchise owners as a front for public sympathy.

From MTEM’s side, we wish to highlight that if the multinational franchise wishes to offer the view that it cares for its staff, it should put its money where its mouth is.

In 2010, McDonald’s in Malaysia announced sales of RM1 bil at a growth rate of 20 per cent annually. Thus, by 2014, the figure would be close to RM1.8 bil.

How much of this trickles down to its staff behind the counters of its restaurants?

Simple estimates show that if McDonald’s has 12,000 employees working 150 hours a month for a year at a wage per hour of RM5 would only amount to RM108 mil.

This would mean that only 6 per cent of their sales go back to its employees in this country. Where does the rest of the 94 per cent head to?

This is yet another reason to boycott the fast food chain, for it is clearly hypocritical stance on statements “supporting its workers”.

Furthermore, we question McDonalds’ public relations for only highlighting that the Malays are a majority of their restaurant staff, but keep mum on these statistics with regards to its total supply chain as well as their corporate heads.

We also ask the company to disclose who benefits most within its organisation from its sales.

In the meantime we also question why those who have taken to violence to boycott these restaurants are not offering better paying jobs to the staff of McDonald’s, or offering its franchise owners viable alternatives as part of their actions in this boycott.

We believe that this should also be part of the discussion for organisations and individuals that believe in a sustainable movement to boycott multinational brands that allegedly funnel funds to Israel.

MTEM admits that it has no control over the anger of the public, however misguided they may be.

However, we believe it is up to the corporations to win back the trust of the public while refraining from using its staff as a public relations human shield.

This is a lesson to all multinational conglomerates in Malaysia. We believe there must be more “inclusiveness”, which includes measures to include Malaysians both in terms of employment and also as part of the supply chain here.

NIZAM MAHSHAR
CHIEF EXECUTIVE OFFICER
MALAY ECONOMIC ACTION COUNCIL (MTEM)

VERSI BM

KENYATAAN MEDIA – 13 Ogos 2014
McDonald’s harus berhenti menyorok di sebalik kakitangan mereka

Di dalam usaha memboikot yang berterusan di seluruh negara untuk membantah konflik Gaza-Israel sejak lebih sebulan yang lalu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) melahirkan rasa kesal di atas keganasan yang dilakukan pemboikot terhadap kakitangan restoran McDonald’s.

Ianya pendirian kami bahawa memboikot dan berhenti membeli dari satu jenama itu merupakan satu konsep protes yang aman dan harus dikekalkan sebegitu. Tidak perlu untuk merosakkan harta benda atau bertindak ganas antara satu sama lain. Bagi MTEM, perilaku negatif sebegini juga perlu diboikot.

Walau bagaimanapun, apa yang dialami restoran-restoran McDonald”s di Malaysia sememangnya tidak boleh dibandingkan dengan kekejaman yang sedang berlaku di Gaza.

Pada masa yang sama juga kami tidak bersetuju dengan cara McDonald’s mempergunakan pemilik restoran dan kakitangan Melayu sebagai wajah untuk meraih simpati orang ramai.

Kami di MTEM ingin memastikan sekiranya McDonald’s menguar-uarkan ia mengambil berat perihal kebajikan kakitangannya, francais multinasional ini perlu membuktikan ianya dilakukan dengan adil dan bersungguh-sungguh.

Pada tahun 2010, McDonald’s di Malaysia mengumumkan hasil jualan RM1 bilion dengan kadar pertumbuhan 20 peratus setiap tahun. Secara statistik, jumlah hasil jualan 2014 mampu mencecah janaan sejumlah RM1.8 bilion.

Dan berapa banyak pula dari jumlah ini dinikmati oleh kakitangannya di belakang kaunter?

Anggaran mudah menunjukkan sekiranya McDonald’s mempunyai tenaga kerja seramai 12,000 orang dan mereka ini semua bekerja 150 jam sebulan selama setahun dengan kadar gaji RM5 sejam, jumlah penggajian tenaga kerja McDonalds hanyalah berjumlah sebanyak RM108 juta.

Ini bermakna hanya 6 peratus jumlah pendapatan tahunan McDonald’s Malaysia diagihkan kepada para pekerjanya. Di manakah pula 94 peratus yang lain disalurkan?

Pendirian hipokrit yang “menyokong pekerja mereka” sebegini hanya akan mencetuskan satu lagi sebab untuk memboikot rantaian makanan segera ini.

Tambahan, MTEM juga mempersoalkan unit perhubungan awam McDonald’s yang hanya mengetengahkan orang Melayu sebagai majoriti kakitangan bawahan restoran tetapi mengambil polisi berdiam diri mengenai statistik keseluruhan rantaian bekalan dan juga ketua-ketua atasan mereka.

Kami juga meminta McDonald’s untuk mendedahkan siapakah pihak sebenar dalam organisasi yang mendapat faedah keuntungan daripada jualannya.

Dalam pada itu kami juga mempersoalkan para pemboikot yang bertindak kasar mengapa tidak menawarkan sebarang pekerjaan yang lebih baik kepada kakitangan McDonald’s atau menawarkan apa-apa inisiatif kepada pemilik francais untuk bertukar kepada jenama francais tempatan sebagai satu usaha boikot?

Kami percaya ini semua perlu menjadi sebahagian daripada diskusi utama pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang percaya dengan usaha yang berterusan untuk memboikot jenama-jenama multinasional yang didakwa menyalurkan dana kepada Israel.

MTEM akui ia tiada kawalan dalam mengekang kemarahan orang ramai walau betapa keliru situasi mereka.

Walau bagaimanapun, kami percaya ianya terpulang kepada syarikat-syarikat di luar sana untuk memenangi semula kepercayaan orang ramai dan tidak lagi meletakkan kakitangan mereka di barisan hadapan sebagai perisai manusia yang hanya diperlakukan sebagai penjaga imej demi kepentingan korporat.

Ini merupakan satu pengajaran kepada semua konglomerat multinasional di Malaysia. Kami percaya perlu ada lebih banyak lagi langkah “inklusif” agar diserap masuk lebih ramai rakyat Malaysia ke sektor pekerjaan dan juga menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan di sini.

NIZAM MAHSHAR
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU (MTEM)

Muat turun Kenyataan BM McDonalds MTEM BM 13082014.

Download English version McDonalds MTEM Eng 13082014.

Terima kasih,
Azwar Aizam,
Associate I
MTEM Media & Communications Department

Comments