Soalan Lazim MTEM

1. Mengapa MTEM dibentuk?

Menyediakan platform untuk NGO-NGO ekonomi Melayu bersatu supaya lebih efektif dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang lestari di kalangan komuniti Melayu dan Negara.

2. Apakah konteks strategik untuk MTEM?

MTEM bertujuan untuk merapatkan jurang di antara polisi dan komuniti. MTEM membantu dalam penyampaian Model Baru Ekonomi (NEM) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ke akar umbi, dan memberi kritikan terha dap keberkesanan dasar dan pembuat dasar.

3. Siapakah yang akan menerajui pimpinan MTEM?

MTEM diwujudkan atas prinsip kesepakatan sebulat suara dan inklusif. Tiada Pengerusi Eksekutif di dalam MTEM. Segala keputusan dibuat oleh Ahli Majlis MTEM.

4. Kenapakah Presiden DPMM menjadi Pengerusi Tetap MTEM?

Ini merupakan keputusan bersama oleh Ahli Jawatankuasa Penaja. Presiden DPMM secara rasmi diiktiraf sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di peringkat nasional.

5. Adakah MTEM menyamai TERAJU dan PEMANDU?

MTEM merupakan NGO dan mewakili kepentingan masyarakat sivil. Ia bukannya agensi Kerajaan dan tidak bertanggungjawab kepada mana-mana entiti Kerajaan. Aktiviti-aktiviti MTEM akan melengkapkan TERAJU, PEMANDU dan agensi-agensi lain ke arah mencapai Wawasan 2020.

6. Adakah MTEM bersaing dengan NGO-NGO lain?

Ahli-ahli MTEM terdiri daripada NGO-NGO ekonomi Melayu. Misi MTEM adalah untuk menyediakan satu platform penyatuan bagi menggalakkan pembangunan ekonomi yang lestari bagi masyarakat Melayu.

 

Comments