Kembara Gemilang Usahawan

Nov 24, 2012 Publish by admin

[ez_three]Berita Gemilang Usahawan[/ez_three] [ez_three]Lokasi Gemilang Usahawan[/ez_three]
[ez_three_last]Galeri Gemilang Usahawan[/ez_three_last]

 

Program “outreach” anjuran MTEM ini bertujuan untuk menyuntik kesedaran dalam kalangan usahawan Melayu dan sebagai langkah menganjak paradigma bagi mengubah lanskap keusahawanan Melayu pada masa hadapan. Program ini turut menjadi wadah pertemuan di antara MTEM bersama ahli-ahlinya di peringkat akar umbi.

Progam tajaan bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) ini akan menjelajah ke Lapan buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor & Putrajaya, Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Program yang akan dijalankan sehingga April 2013 ini merangkumi lebih daripada 90 lokasi perniagaan termasuk pasar malam, pasar tani dan bazar yang mempunyai tumpuan usahawan Melayu.

Antara aktiviti program ini adalah sesi mentor keusahawanan dan panduan merencana perniagaan bersama pihak MTEM. Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) turut menyediakan produk bantuan pembiayaan khusus kepada usahawan kecil dan sederahana (SME).

Para usahawan yang mendaftar sebagai ahli Komuniti Usahawan MTEM akan diberi satu muka laman web (online webpage) secara percuma bagi mempromosikan produk dan perniagaan mereka.

Tarikan utama program ini adalah penganjuran pertandingan padanan idea produk atau perniagaan. Pertandingan ini akan diadakan sepanjang program berlangsung.

Comments

Komen ditutup untuk bahagian ini. Terima kasih.