Projek Gemilang

Nov 24, 2012 Publish by admin

Gemilang merupakan program “outreach” ke seluruh negara yang dianjurkan oleh MTEM untuk memastikan kemampanan dan kemajuan sektor perniagaan Melayu. Pasukan Gemilang bersama pemimpin MTEM, pihak kerajaan yang berkepentingan, ahli perniagaan yang berjaya dan panel- panel pakar akan turut serta ke lapan lokasi di seluruh Malaysia. Pertemuan dengan pembuat dan pelaksana dasar Bagi perniagaan yang telah ditubuhkan, Gemilang merupakan platform yang sempurna untuk menjadi titik pertemuan antara agensi-agensi utama kerajaan yang terlibat dalam Program Transformasi Kerajaan serta mereka yang aktif dalam melaksanakan Program Transformasi Ekonomi. Ia merupakan satu peluang keemasan untuk bertemu agensi pembiayaan, pembuat dasar selain turut mempelajari bagaimana Program Transformasi akan mengubah lanskap perniagaan.

Comments

Komen ditutup untuk bahagian ini. Terima kasih.