Bantah TPPA/CPTPP

Posted on |

MTEM adalah sekretariat kepada Bantah TPPA/CPTPP yang terdiri daripada 6 Gabungan dan 30 Pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dari pelbagai bidang yang dengan jelas masih mempertahankan pendirian agar Malaysia tidak meratifikasi CPTPP. Ini berdasarkan siri pertemuan dan perbincangan bersama pelbagai pakar ekonomi, perdagangan, perundangan dan sebagainya dari dalam dan luar negara yang telah diadakan sejak tahun 2013.

Hakikatnya, CPTPP bukanlah satu FTA yang mempromosikan perdagangan bebas. CPTPP adalah alat oleh syarikat multinasional dan negara maju untuk melaksanakan  polisi-polisi intervensi untuk menguasai negara dan rantau ekonomi terpenting serta  kepentingan geopolitical yang lain. CPTPP bakal memberi implikasi dengan menggugat kedaulatan ekonomi negara, menukar negara membangun yang mula berkembang sebagai negara pengeluar kepada negara pengguna, pemusnahan jangka panjang industri tempatan dan SME, memberi implikasi kepada pekerjaan, gaji dan kos, melengahkan  kecapaian ubat generic yang murah serta kesan budaya, sosio politik dan kesan perundangan lain yang masih tidak jelas.