Dialog Ekonomi Bumiputera

Posted on |

MTEM telah mengadakan Dialog Ekonomi Bumiputera siri ke empat yang bertajuk Belanjawan 2019: Kesejahteraan Bersama? pada 26 November 2018 yang bertempat di Liberal Latte, Bukit Damansara. Panelis yang meyertai sesi Dialog Ekonomi Bumiputera ini adalah saudara Azlan Awang sebagai wakil MTEM, saudara Wan Agyl Wan Hassan sebagai wakil Pemuda UMNO dan saudara Wan Fahysal sebagai wakil BERSATU yang menggantikan tempat Dato Sri Mustapa Mohamed yang tidak dapat menghadirkan diri atas factor kesihatan.  Moderator pada sesi Dialog ini ialah saudara Ahmad Yazid Othman yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MTEM. Dialog ini telah berjaya dihadiri oleh ramai pihak yang terdiri daripada berbagai golongan dan peringkat umur. Dialog Ekonomi Bumiputera IV ini adalah merupakan Dialog Ekonomi Bumiputera IV yang terakhir adalah untuk tahun 2018 dan Dialog Ekonomi Bumiputera yang seterusnya akan dilakukan pada suku pertama tahun 2019.

Galeri