Kunjungan hormat ke Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNNKK)

Posted on |

Pada 18 October 2018, MTEM telah melakukan kunjungan hormat kepada Menteri di KPDNKK iaitu Datuk Saifudin Nasution di pejabat beliau yang terletak di KL Sentral. Kunjungan yang pertama kali dilakukan bersama dengan KPDNKK adalah sebagai sesi merapatkan silaturahim di antara Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan juga Kementerian. Antara perkara yang di bincangkan ialah tentang kos sara hidup yang tinggi dan juga cara-cara bagaimana MTEM dapat membantu Kerajaan untuk menanganinya. Pertemuan ini berjaya membincangkan permasalahan pengguna dengan baik dan MTEM juga telah di cadangkan untuk menyertai Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara bagi membincangkan dengan lebih mendalam lagi isu isu yang berkaitan dengan kepenggunaan dan harga barang.

Galeri