Penyerahan memorandum Bantah CPTPP kepada ahli parlimen

Posted on |

Bantah TPPA/CPTPP telah hadir ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum Bantah CPTPP kepada ahli Parlimen Malaysia. Penyerahan memorandum Bantah TPPA/CPTPP itu telah di sambut dengan baik oleh Ahli Parlimen Subang Jaya dan Petaling Jaya iaitu YB Wong Chen dan juga YB Maria Chin Abdullah.

Penyerahan memorandum ini terhasil akibat daripada kegusaran Bantah TPPA/CPTPP terhadap beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak yang cenderung untuk meratifikasi perjanjian CPTPP atas alasan yang kurang munasabah.  Bantah TPPA/CPTPP ini dengan tegas menolak sebarang usaha untuk meratifikasi perjanjian CPTPP kerana perjanjian CPTPP ini hanya akan memudaratkan Malaysia untuk jangka masa panjang dan hanya menguntungkan syarikat multinasional dan bukannya rakyat Malaysia.

Galeri