Sabotaj Ekonomi

Posted on |

Sabotaj Ekonomi adalah usaha MTEM untuk membasmi golongan usahawan Ali Baba yang telah memanipulasi dasar untuk membantu usahawan Bumiputera dengan menyerahkan tender dan peluang perniagaan kepada pihak ketiga  yang tidak mengira bangsa setelah mendapat tender itu. Peniaga Ali Baba ini kemudiannya akan mengenakan sedikit caj kepada peniaga yang mendapat tender itu.

Kegiatan Ali Baba ini ternyata telah memberikan kesan kepada usahawa Bumiputera yang tulen untuk mereka maju ke hadapan dan sekaligus menghalang niat baik kerajaan untuk meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera.

MTEM juga telah berbincang bersama-sama ahli akademik dan ekonomi untuk cuba mencari ruang undang-undang yang boleh menyabitkan  kesalahan kepada sesiapa yang cuba melakukan aktiviti “Ali Baba” ini. Pelbagai polisi dan undang-undang di luar negara yang dijadikan rujukan agar dapat disesuaikan penggunaannya di Malaysia.

Namun, pada Kongres Bumiputera dan Masa Depan Negara 2018, Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed sebagai Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) telah menyatakan kepada perwakilan bahawa terdapat keperluan untuk mengadakan akta sabotaj ekonomi di negara kita. Perwakilan menyatakan persetujuan mereka kepada usaha ini dan di jangkakan ianya akan di bentangkan di Parlimen pada bulan April 2019.