19 Disember 2023 – Semalam telah berlansung sesi libat urus dan suai kenal antara MTEM bersama NGO dari PEKEMA (Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) di Anjung Melayu
Sesi ini adalah bagi mengukuhkan lagi perhubungan antara MTEM dan dan PEKEMA yang terlibat secara lansung dalam bidang ekonomi ataupun tidak lansung, sesi yang mengambil selama 2 jam ini bnyak membincangkan isu-isu yang sedang mereka alami dalam keadaan semasa.
Pelbagai idea dan perbincangan dilakukan bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi setiap pihak. Sesi ini juga dapat membincangan kerjasama yang dapat dilakukan bagi memberi manfaat kepada semua usahawan terutama dari sektor pengangkutan dan juga manfaat yang dapat dikongsikan kepada semua ahli-ahli DPMM
Terima Kasih yang terhingga diucapkan kepada semua wakil yang dapat menghadiri serta melancarkan sesi libat urus ini.