Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM) merupakan sebuah Syarikat
Berhad Menurut Jaminan (CLBG) yang telah diperbadankan pada 21 September 2011.
MTEM yang beribu pejabat Kuala Lumpur, sehingga kini memayungi 55 badan
bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu di peringkat nasional dan 220 NGO di peringkat
negeri.
Dalam usaha ke arah agenda transformasi ekonomi Melayu, MTEM memainkan peranan
yang amat penting terutamanya dalam objektif yang dirangka jelas dari segi polisi dan
inisiatif dalam membangun kualiti hidup dan penyertaan masyarakat Melayu dalam
ekonomi. Selain itu, MTEM turut berperanan mewakili masyarakat Melayu dalam hal
hal lain berkaitan ekonomi serta mengerakkan usaha dalam mengurangkan jurang dan
mengembangkan ekonomi Melayu secara menyeluruh.

Halatuju MTEM dipandu oleh MAJLIS yang terdiri daripada semua kepimpinan NGO ekonomi sebagai badan pembuat keputusan peringkat tertinggi.


Struktur mendatar “satu organisasi, satu suara, satu undi” diwujudkan bagi mengelakkan berlakunya politik dalaman dan fokus kepada usaha memperkasa
agenda ekonomi Melayu.


MTEM dipacu oleh sekretariat profesional untuk memastikan segala pelaksanaan dapat diimplementasi dengan penuh efektif dan lancar berlandaskan kepada
keupayaan menangani isu-isu polisi, dasar serta pembangunan perniagaan dan pertumbuhan kek ekonomi Melayu.


MTEM komited dalam memperjuangkan inisiatif-inisiatif ekonomi baru dalam usaha mengurangkan jurang ekonomi masyarakat Malaysia umumnya dan masyarakat Melayu khususnya. Komitmen dan profesionalisma MTEM boleh dilihat menerusi
aspek-aspek pengurusan, penyelidikan serta kempen – kempen yang dijalankan sepanjang penubuhannya.


Bermula pada tahun 2011 sehingga kini, MTEM telah berjaya memperjuangkan isu-isu ekonomi serta membuka peluang baru kepada usahawan Melayu di
Malaysia. 

Sepanjang penubuhannya, MTEM telah berjaya berdiri kukuh sebagai sebuah organisasi professional yang menyatukan 56 pertubuhan diperingkat nasional.

PERANAN UTAMA MTEM

Pelobi terhadap peluang ekonomi dan polisi kerajaan.

Membawa isu-isu ekonomi Melayu dan nasional kepada rakyat dan kepimpinan negara

Badan pemudahcara antara NGO ekonomi dan kerajaan.

Fasilitasi peluang ekonomi untuk industri Melayu.

Mengetuai NGO ekonomi memperjuangkan inisiatif -inisiatif ekonomi baru.

SIAPA BERSAMA MTEM

MTEM berjaya menempatkan dirinya untuk menjadi rakan kerja strategik dengan pelbagai pihak di Malaysia.
Senarai mereka yang bersama MTEM meliputi pelbagai jenis lapisan masyarakat di Malaysia seperti:

Kementerian di sektor awam.

Kumpulan-kumpulan GLC.

Badan Bebas dan NGO

Persatuan-persatuan profesional Melayu.

Ahli-ahli profesional Melayu dan Bukan Bumiputera

Ahli Akademik dan Universiti.