Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysi (PPBMM), bertujuan mengadakan keyataan media untuk menerangkan nasib kilang Melayu pada waktu ini khususnya di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan pada ketika ini. Setelah berbagai saluran telah kami ajukan dan sudah lama isu ini diutarakan, masih lagi tiada tindakan di ambil oleh mana-mana pihak berwajib. Malah seolah-olah permohonan serta rayuan kami tidak bermakna bagi mereka yang bertanggungjawab. Dengan erti kata lain, tiada nilai di mata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM).

Baru-baru ini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengenakan penalti berjumlah sekitar RM 415.5 juta kepada lima syarikat pengisar makanan ayam kerana melanggar seksyen 4 akta persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam. Hal ini membuktikan bahawa kartel itu wujud dan tidak terkecuali kepada industri beras. Oleh yang demikian, kami juga mendesak MyCC melaksanakan tindakan sama bagi kartel-kartel yang sudah lama sengaja membuat aturan membunuh pemain-pemain kecil dalam industri beras ini namun telah dikaburi melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Dengan berbaki 10 buah kilang Melayu seluruh Malaysia dan semakin berkurang jumlahnya membuat kami tertanya adakah kerajaan sekarang hanya menjaga kelompok pengilang besar yang ketika ini di lihat bermaharajalela memonopoli bekalan padi dari seluruh negara tanpa sebarang kawalan daripada pihak KPKM. Tiada lagi penguatkuasaan melalui lesen kilang padi bagi mengawal serta mengharmoni pasaran padi tempatan..

Jika keadaan ini berlanjutan tanpa tindakan penguatkuasaan pasti akan memperkuatkan lagi kartel-kartel padi beras ini memonopoli serta menguasai industri padi beras negara. Sekarang telah di lihat kartel-kartel ini menguasai serta menentukan harga beras tempatan dan juga import. Kesukaran rakyat untuk mendapatkan bekalan Beras Putih Tempatan ketika ini menjadi bukti penguasaan kartel-kartel ini menguasai pasaran padi beras negara.

Bagi pihak PPBMM yang telah berkecimpung dalam industri hampir 50 tahun serta melalui pelbagai krisis padi beras semenjak 1973 hingga kini, amat sedih dan kecewa kerana melihat dengan mata kepala kami di mana rakyat Malaysia serta saudara mara kami di tipu dengan harga beras ketika ini. Tiada lagi keupayaan kami untuk menghalang penipuan ini berlaku hasil daripada mereka yang di beri kuasa mengurus tadbir industri padi beras negara ketika ini.

Penyertaan Pemborong Melayu yang sangat minima( kurang daripada 10% yang aktif) ketika ini masih lagi gagal mendapat perhatian serta tindakan daripada pihak kerajaan. Kesukaran mendapatkan bekalan beras tempatan dan juga import merupakan punca utama kegagalan pemborong Melayu beroperasi ketika ini berbanding 10 tahun lalu. Keengganan kilang beras untuk menjual beras kepada pemborong Melayu walaupun kementerian telah mengeluarkan surat bekalan intevensi beras 20% setelah berlaku kenaikan harga beras mendadak bermula pertengahan tahun lalu.

Dengan berbaki kurang daripada 10 buah kilang beras Melayu juga, adalah salah satu mengapa sukarnya pemborong Melayu mendapatkan bekalan beras berbanding dulu yang terdapat banyak kilang-kilang Melayu.

Tiada lagi ruang untuk kilang Melayu bangkit untuk bersama dalan industry padi beras negara ketika ini. Tiada lagi SKIM-SKIM untuk kilang dan pemborong Melayu sepertimana era LPN dahulu.Kewujudan kilang-kilang Melayu adalah hasil daripada SKIM dibawah Lembaga Padi Beras Negara (LPN). Malahan di pinggir terus di bawah Kementerian Pertanian Malaysia.

Tiada lagi keistimewaan yang di beri kepada kilang Melayu oleh LPN seperti pembekal Beras Stok Pail Negara, SKIM untuk kilang Melayu serta Beras Import. Semua ini berlaku setelah pengswastaan LPN 1996.

Sekian, terima kasih.

Ahmad Yazid Othman FELO KANAN

Tarikh: 10 Januari 2024