HARAPAN GABUNGAN NGO MENJELANG KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2024 (KEB 2024)
1. MTEM menyokong penuh hasrat kerajaan untuk menganjurkan KEB kali ini yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri iaitu Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
2. Untuk pengetahuan, MTEM bersama DPMM, MPM dan MPN telah dijemput untuk membantu Sekretariat Induk dalam menjayakan KEB 2024.
3. Pada hari ini, seramai 80 peserta yang mewakili lebih daripada 30 pertubuhan di mana sebahagian daripadanya merupakan ahli MTEM. Kesemua yang hadir ini datang untuk membincangkan perkara-perkara pokok serta dasar yang perlu dibawa ke KEB 2024,
4. Orang Melayu dan Bumiputera amat berharap agar reformasi dapat dilakukan dan diterjemahkan supaya agenda kemakmuran bumiputera dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat.
5. Hari ini kita dengar pelbagai pandangan dan harapan telah dilontarkan oleh para peserta antaranya ialah:
a) Kerisauan hasil KEB 2024 akan menjadi satu retorik sepertimana yang telah berlaku kepada resolusi KEB sebelumnya yang dipandang sepi oleh pemerintah.
b) Kesenjangan kekayaan di antara kaum semakin melebar dan tiada tindakan yang menyeluruh serta berkesan diambil oleh pemerintah.
c) Pencapaian kemakmuran yang disasarkan telah diinjak injak dengan pelbagai kekangan seperti tempoh masa perlaksanaan yang terlalu lama, budaya suapan serta rasuah dan perniagaan ali baba atas nama Melayu & Bumiputera masih berterusan walaupun masyarakat Melayu telah menegur.
6. Kini, naratif Ekonomi Madani yang memperjuangkan faedah dan kepentingan setiap warga di Malaysia adalah satu usaha positif terutamanya tindakan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam penstrukturan semula komponen ekonomi dalam memberi kesaksamaan peluang dan ruang dalam mengisi struktur ekonomi baharu yang sedang diusahakan dengan nilai-nilai Madani.
7. Dalam menterjemahkan perlaksanaan Ekonomi Madani, maka kami merasakan penekanan kepada gerak kerja kesatuan Melayu & Bumiputera sebagai satu dasar yang boleh dilaksanakan oleh semua pemegang taruh melalui dasar serta program-program intervensi yang digerakkan oleh pihak berkepentingan dapat dilaksanakan dengan segera supaya manfaatnya dapat dirasai oleh warga Melayu & Bumiputera serta lain-lain kaum dalam tempoh kurang dari 5 tahun.
8. Reformasi dan olahan baru dalam melaksanakan dasar-dasar yang akan dirumuskan pada KEB 2024 perlu digerakkan sekarang. Lantaran menyedari keperluan orang Melayu dan bumiputera masa kini dan akan datang yang telah ditetapkan dan dikanunkan dalam perlembagaan Malaysia, maka sudah tiba masanya semua pihak menggerakkan usaha bagi menterjemahkan aspirasi Ekonomi Madani ini agar menjadi lebih bermakna.
9. Oleh itu rangkuman pertemuan pada hari ni adalah untuk mencari titik kebersamaan serta mengenal pasti kesenjangan usaha yang telah dilaksanakan sejak perlaksanaan KEB 1965 serta merungkai semula kegagalan.
10. Harapan kami agar resolusi yang diperolehi dalam KEB 2024 untuk memajukan Melayu dan Bumiputera nanti bukan hanya retorik semata mata dan kegagalan dari perlaksanaan resolusi yang lepas dapat di muhasabah semula, agar kegagalan yang sama tidak berulang kembali.
11. Hari ini kita mendengar pelbagai pandangan yang akan dibawa ke mesyuarat urusetia yang dijangka berlangsung pada penghujung bulan November.
Sekian, Terima kasih.
NORSYAHRIN BIN HAMIDON
Pengerusi
Antara NGO & ORGANISASI yang hadir dan menyokong.
1) DPMM
2) PEMBELA
3) IWQAF
4) PERKASA
5) YAYASAN AMAL MA’ARUF MALAYSIA
6) MOGSC
7) PPIPBM
8) MPM
9) KOBANGI
10) PEKA
11) MCCA
12) PEKA
13) PERSATUAN KONTRAKTOR INFRASTRUKTUR
14) MIER
15) MASA
16) BERJASA
17) PKBM
18) MAMPIR
19) NEF
20) QIAM
21) PPIM
22) PERSATUAN REMISER BUMIPUTERA
23) PERSATUAN PENCETAK BUMIPUTERA